Perjalanan pulang 10 sekeluarga selepas bertemu dengan ahli keluarga di Pulau Mantanani, Kota Belud bertukar tragedi apabila bot yang dinaiki mereka karam di tengah laut.<br /><br />Lebih menyayat hati apabila salah seorang penumpang yang juga bayi berusia 12 bulan maut akibat lemas dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang.